Lelaki nyaris maut tersepit dalam kereta

LocalCars
20 Sep 2026 • 12:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki nyaris maut tersepit dalam kereta
Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Image from: Lelaki nyaris maut tersepit dalam kereta
Mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dalam kemalangan pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu selepas kereta jenis Audi dipandunya terbabit dalam kemalangan selepas Terowong Smart menghala ke pusat bandar di sini pada Ahad.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Najilan Che Pha berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

"Sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dengan kekuatan lima anggota lain-lain pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah kereta Audi dan seorang lelaki berusia 37 tahun yang tersepit di tempat duduk pemandu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

**media[3653004]**

Beliau berkata, mangsa berusia 37 tahun itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan pasukan bomba sebelum diserahkan kepada ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

"Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Kerja-kerja seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved