Pemandu bas Rapid KL ditahan, ujian alkohol dan air kencing negatif

29 Sep 2026 • 12:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu bas Rapid KL ditahan, ujian alkohol dan air kencing negatif

SUBANG JAYA – Pemandu bas Rapid KL yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengorbankan seorang mangsa dan mencederakan seorang lagi, semalam telah ditahan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, keterangan pemandu berkenaan akan diambil bagi membantu siasatan.

“Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil ujian alkohol dan saringan air kencing terhadap pemandu terbabit didapati negatif.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pelajar lelaki warga asing maut, manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan USJ 1.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.34 pagi itu, sebuah bas yang dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh motosikal yang dinaiki dua pelajar lelaki berusia 19 tahun. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu bas Rapid KL ditahan, ujian alkohol dan air kencing negatif appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved