
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Majoriti ibu bapa yang sibuk bekerja sering memilih perkhidmatan bas atau van sekolah bagi memudahkan urusan penghantaran anak.
Kebiasaannya, kebanyakan pengusaha bas atau van sekolah ini hanya akan mengambil dan menghantar pelajar sekolah berdasarkan destinasi yang dituju.
Malah, mereka hanya akan melihat pelajar turun dari kenderaan dan masuk ke dalam kawasan sekolah sebelum berlalu pergi.
Pemandu Van Sekolah Bantu Dukung & Letak Pelajar Istimewa Ke Atas Kerusi Roda
Namun, berbeza pula dengan seorang pemandu van sekolah ini yang dilihat memberi layanan baik terhadap seorang pelajar istimewa.
Perkara itu dikongsikan di TikTok @permata.sahara.pp milik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gurun, Kedah.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pemandu van yang dikenali sebagai Balakrishnan membantu seorang pelajar lelaki yang sedang bergerak dari dalam van sekolah kepunyaannya.
Apa yang menjadi perhatian adalah tindakan Balakrishnan mendukung dan mengangkat pelajar kurang upaya itu (OKU) ke atas sebuah kerusi roda sebelum ditolak oleh seorang wanita yang dipercayai guru sekolah berkenaan.
Perbuatan Angkat & Letak Pelajar Istimewa Rutin Pemandu Van Sekolah Setiap Hari
Lebih mengagumkan, Balakrishnan bukan hanya melakukan perkara itu pada waktu tertentu.
Sebaliknya, itu adalah rutin dan amalan biasa yang dilakukan olehnya pada setiap pagi.
“Setiap pagi, Uncle Balakrishnan, pemandu van yang berhati emas. Tanpa jemu, beliau akan dukung seorang murid PPKI dari tempat duduk van dan letakkan dengan penuh berhati-hati ke atas kerusi roda.
“Terima kasih uncle, atas keprihatinan, kesabaran dan layanan penuh hormat terhadap anak-anak syurga kami. Jasamu sangat dihargai,” tulis pentadbir akaun berkenaan di ruangan kapsyen.
@permata.sahara.pp Setiap pagi, Uncle Balakrishnan , pemandu van yang berhati emas. Tanpa jemu, beliau akan dukung seorang murid PPKI dari tempat duduk van dan letakkan dengan penuh berhati-hati ke atas kerusi roda. Terima kasih uncle, atas keprihatinan, kesabaran dan layanan penuh hormat terhadap anak-anak syurga kami. Jasamu sangat dihargai ❤️🙏"
♬ bunyi asal – 𝒊𝒂𝒎_𝒏𝒐𝒏𝒂𝒎𝒆 – ®𝐒𝐲𝐚@𝐍𝐨𝐍𝐚𝐦𝐞™
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Puji, Anak Turut Zahir Ucapan Terima Kasih Kepada Mereka Yang Mendoakan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 251,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji dan kagum dengan layanan baik pemandu van sekolah itu terhadap pelajar berkenaan.
Malah, ada yang turut mendoakan kesejahteraan serta kebaikan untuk Balakrishnan atas tindakannya terhadap murid istimewa itu.
Pada masa yang sama, seorang pengguna yang dipercayai merupakan anak kepada pemandu van sekolah berkenaan turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai yang sudi mendoakan perkara baik-baik buat bapanya itu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Terima Kasih Uncle Bala, Sentiasa Santuni Anak-Anak PPKI Kami Sebaiknya”

“Saya Doakan Uncle Sihat Selalu, Terima Kasih Uncle Santuni Anak Syurga Ini”

“Semoga Uncle Balakrishnan Diberikan kesihatan Yang Baik, Panjang Umur & Dimurahkan Rezeki”

“Saya Pun Ada Anak PPKI, Bila Tengok Macam Ini, Air Mata Saya Laju Je Turun, Terima Kasih Uncle”

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Pemandu Van Sekolah Kaburkan Muka Murid Dalam Rakaman & Beri Tips Melintas Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Istimewa Gigih Bantu Susun Kasut Rakan Sekolah Semasa Solat Buat Ramai Tersentuh [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tak Jadikan Kekurangan Sebagai Alasan, Semangat Pelajar Istimewa Jalani Hari Pertama Sekolah Jadi Perhatian [Video]
Source:



![“Macam Kedai Emas” – Pelanggan Kongsi Pengalaman Pergi Kedai Coklat Tempatan Vibe Ala Habib Jewels [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
