Pemandu BYD Seal mengaku tak bersalah atas tiga pertuduhan

LocalCars
15 Oct 2026 • 11:28 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pemandu BYD Seal dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagi menghadapi tiga pertuduhan berkaitan kemalangan maut di Jalan Kuching.

Seorang lelaki yang memandu kereta BYD Seal dalam kemalangan maut di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, Sabtu lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Khamis atas tiga pertuduhan, termasuk menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh, Raeven Goh Wey Haur, 24, yang bekerja sebagai pegawai bank, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Asiah Ahmad Syahir, 5, di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala ke Segambut, pada jam 3.44 petang, 10 Oktober lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara lima hingga 10 tahun dan denda RM20,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Sabitan di bawah seksyen itu turut membawa hukuman hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu sekurang-kurangnya 10 tahun dari tarikh sabitan.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, Raeven didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam serta gagal memberhentikan kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan di lokasi, tarikh dan masa sama.

Pertuduhan kedua mengikut Seksyen 42(1) memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan denda RM5,000 hingga RM15,000, manakala pertuduhan ketiga mengikut Seksyen 52(1), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 119(2), memperuntukkan denda tidak kurang RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan, jika sabit kesalahan.

The post Pemandu BYD Seal mengaku tak bersalah atas tiga pertuduhan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved