Pemandu Disyaki Langgar Lari Anggota Polis Trafik Ditahan

LocalPolitics
14 Apr 2026 • 7:57 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pemandu Disyaki Langgar Lari Anggota Polis Trafik Ditahan

Pemandu Disyaki Langgar Lari Anggota Polis Trafik Ditahan

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Polis menahan pemandu yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari seorang anggota polis trafik di Jalan Sultan Yahya Petra, di sini pada Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa mengesahkan suspek ditahan petang tadi, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Suspek ditahan petang tadi dan polis kini dalam proses penyediaan laporan serta melaksanakan ujian saringan air kencing dan ujian saringan pernafasan (EBA) terhadap suspek," katanya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan sebuah kenderaan cuba melarikan diri sehingga merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda semasa dikejar anggota polis trafik berkenaan.

Dalam kejadian pada 10.47 malam Jumaat lepas, seorang anggota polis trafik berpangkat Konstabel berusia 27 tahun cedera selepas dilanggar kenderaan terbabit dari arah belakang semasa sedang menjalankan tugas kawalan lalu lintas di persimpangan jalan berkenaan.

Pemandu kereta tersebut kemudian bertindak melarikan diri menghala ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur tanpa berhenti bagi memberikan bantuan kepada mangsa.

Mangsa yang mengalami luka di tapak tangan kanan dan belakang kepala serta sakit pada bahagian rusuk dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Baca juga: