Rumusan Artikel
Valtteri Bottas meneruskan jelajah basikal dari Sepang menuju ke Singapura.
Pelumba F1 itu singgah di Muar sebelum meneruskan perjalanan sejauh 161 kilometer ke Batu Pahat dan Kulai.
Bottas memilih untuk meredah jalan tanah merah dan kawasan ladang kelapa sawit, selain berdepan sekumpulan lembu di laluan.
Pengembaraannya mencuri perhatian netizen yang kagum melihat Bottas meneroka suasana kampung Malaysia.
Pelumba Formula 1 terkenal, Valtteri Bottas sekali lagi mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila memilih untuk meneroka suasana kampung di negara ini dengan berbasikal.
AdvertisementSelepas memulakan jelajah basikal dari Litar Antarabangsa Sepang menuju ke Singapura, Bottas menjadikan Muar sebagai salah satu lokasi persinggahannya.
Bottas turut menginap di Classic Hotel Muar sebelum meneruskan perjalanan hari ketiga sejauh 161 kilometer dari Muar ke Batu Pahat dan seterusnya ke Kulai.
View this post on Instagram
Menariknya, Bottas tidak memilih laluan lebuh raya, sebaliknya meredah jalan tanah merah yang dikelilingi ladang kelapa sawit.
Perjalanannya turut diserikan dengan beberapa pengalaman unik apabila kayuhannya terhalang sekumpulan lembu yang sedang melalui laluan berhampiran sungai.
Bottas turut sempat bergambar di hadapan papan tanda amaran bahaya buaya, sekali gus mencuri perhatian warga tempatan.
View this post on Instagram
Perkongsian pengembaraannya mengundang pelbagai reaksi netizen yang kagum melihat pelumba Formula 1 itu sanggup berpanas dan berdebu meneroka laluan kampung di Malaysia.
“Kalah orang kampung dibuatnya,” seloroh seorang pengguna media sosial.
Seorang lagi pengguna berkata:
“Bro ini memang faham tugasan. Tiada bangunan tinggi, hanya pokok kelapa sawit. Inilah rupa Malaysia yang sebenar.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Hati-Hati Beda Level" - Perli Kekalahan Bola Sepak, Jenama Kahf Diboikot Netizen Malaysia
The post Pemandu F1 Cadillac, Valtteri Bottas Selamba Berbasikal Redah Kebun Kelapa Sawit & Singgah Hotel Lokal Di Muar Menuju Ke Singapura first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


![[VIDEO] Macam mana Bottas kayuh basikal lalu ladang sawit ke Singapura?](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/af5ab3a5-81cd-450a-b3bd-6792a6d3f623-1024x747.jpeg)

