“Member rileks je” – Pelumba F1 Pilih Kayuh Basikal Ke Singapura, Siap Redah Ladang Sawit Waktu Malam!

6 Oct 2026 • 12:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

valtteri bottas kayuh basikal ke singapura

Kalau kebanyakan pelumba Formula 1 pilih berehat di hotel selepas habis perlumbaan, lain pula cerita Valtteri Bottas.

Pelumba pasukan Cadillac itu sebaliknya memilih untuk terus mengayuh basikal dari Sepang menuju ke Singapura untuk menghadiri Grand Prix seterusnya, dengan jarak keseluruhan kira-kira 350 kilometer (km).

Difahamkan, perjalanan tersebut dilakukan bersama pasangannya yang juga pelumba basikal profesional, Tiffany Cromwell menggunakan basikal gravel.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Bottas menunjukkan dia bukan sekadar melalui jalan raya biasa, malah turut memilih laluan gravel yang jarang digunakan.

“Yes I’m riding to Singapore,” tulis Bottas sambil berkongsi perjalanannya menggunakan basikal Canyon Grail CFR.

 

View this post on Instagram

 

Siap redah ladang sawit waktu malam

Dalam perkongsian itu, Bottas sudah mengayuh kira-kira 218.51km daripada keseluruhan 350 kilometer, dengan baki sekitar 131.49km lagi sebelum tiba di Singapura.

Pada hari pertama, dia mengharungi kira-kira 56.6 kilometer dalam tempoh dua jam lapan minit menuju ke Port Dickson.

Hari kedua pula lebih mencabar apabila Bottas mengayuh sekitar 161.91 kilometer selama lima jam 45 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Johor.

Namun, apa yang membuatkan perjalanan ini mencuri perhatian adalah laluan yang dipilihnya. Selain lebuh raya dan jalan biasa, Bottas turut meredah jalan bertanah serta laluan sempit di kawasan ladang dan hutan dalam keadaan gelap.

Screenshot 2026 10 06 120347

Aktif sukan gravel

Aktiviti berbasikal sebenarnya bukanlah perkara baharu bagi pelumba kelahiran Finland ini. Beliau sememangnya aktif dalam sukan gravel dan pernah menyertai perlumbaan berbasikal secara kompetitif, termasuk memperoleh kelayakan ke UCI Gravel World Championships.

Screenshot 2026 10 06 120424

Jadi, kayuhan ratusan kilometer ini bukanlah sekadar aktiviti suka-suka untuk mengisi masa lapang.

Cuma yang membuatkan ia lebih luar biasa, Bottas baru sahaja selesai mengharungi GP di Sepang sebelum memulakan perjalanan panjang tersebut.

Sumber: Instagram, Toronto Sun

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved