Pemandu Iriz Tiba-tiba Langgar Honda City Yang Diparkir Depan Rumah Raih Perhatian Ramai [Video]

LocalCars
24 Feb 2026 • 10:25 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali memandu kita sememangnya sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Namun adakalanya berlaku kemalangan tidak diingini dek kerana kecuaian segelintir pengguna jalan raya yang lain.

Apa yang lebih memeningkan apabila kemalangan ada pula yang tidak mahu bertanggungjawab atas kerosakan yang berlaku terhadap kenderaan.

Proton Iriz langgar Honda City yang diparkir depan rumah

Baru-baru ini tular satu video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan Proton Iriz yang secara tiba-tiba melanggar sebuah kereta Honda City yang diparkir di depan sebuah rumah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @xxniecaa di Threads, awalnya kelihatan kereta Honda City telah diparkir di hadapan pagar sebuah rumah dan ia tidak menghalang laluan jalan utama di kawasan tersebut.

Namun secara tiba-tiba datang sebuah kereta Proton Iriz berwarna merah melanggar kereta Honda City itu.

Undur kereta dan keluar untuk periksa, bumper Honda City kemik

Sebaik berlanggar kelihatan pemandu Iriz mengundurkan keretanya sebelum dia dan penumpang keluar untuk memeriksa kenderaannya.

Ekoran daripada pelanggaran itu kelihatan bahagian bumper hadapan kereta Honda City kemik dan terdapat kesan calar berwarna merah.

Bukan hanya itu, bumper itu juga kelihatan sedikit terkeluar mungkin akibat hentaman Iriz tersebut.

Nieca yang dipercayai pemilik Honda City turut meluahkan rasa kecewanya apabila insiden terbabit berlaku kerana kenderaan tersebut diparkir tanpa menghalang laluan utama dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Punya lah elok aku park (parkir) situ, macam tu je kau langgar? Tak ada kereta lain lalu tau masalahnya, apa be*ng*p sangat bawa kereta lepas tu bla (pergi) macam tu je tak ada cakap apa-apa!” ujarnya.

Menurut Nieca insiden tersebut berlaku di Taman Rambai Jaya, Melaka. Menerusi video CCTV dipercayai kemalangan itu berlaku sekitar jam 5.42 petang pada 23 Februari.

View on Threads

Mahu polis jalankan siasatan lanjut

Dalam satu lagi hantaran yang dikongsikan Nieca memaklumkan dia telah mengetahui maklumat rumah pemilik Iriz berkenaan namun mahu membiarkan pihak polis menjalankan siasatan.

“Dia memang hantar makanan dekat rumah tu (berdekatan rumah Nieca) dan bukan orang lain. Orang terdekat juga tapi dia tak mengaku siapa perempuan yang hantar tu, sedangkan dia kenal je.

“Okay itu sahaja. Pemilik suruh turunkan video ni. Saya akan turunkan selepas dia (pemandu Iriz) selesaikan dengan keluarga saya. Itu sahaja,” jelas Nieca dalam hantarannya.

image is not available

Ramai turut kurang senang lihat video Iriz tiba-tiba langgar Honda City

Melihat di ruangan balas, ada yang menyoal adakah pemandu Iriz tersebut bermain dengan telefon bimbit sehingga dia terlanggar kereta Honda City berkenaan.

Tidak kurang ada yang tertanya-tanya bagaimana pemandu Iriz boleh melanggar kenderaan yang diparkir depan rumah walhal laluan utama tidak sibuk dan luas.

“Main telefon ke apa? Adoi, suami saya penah juga (kena) masa nak parkir tergesel kereta orang. Tapi tak adalah bla (pergi) macam tu je. Tinggal nombor telefon, adik pemilik bagitahu berapa dia kena caj. Hanya pindah wang, ingat kalau kita aniaya orang kifarah tu bila-bila je”

image is not available

“Parkir bukan dalam rumah susah nak buat tuntutan. Lagi pun bukan tempat parkir. Lain lah pemilik masih dalam (kereta) lepas tu orang langgar”

image is not available

“Sakitnya hati tengok. Kalau dapat tangkap nanti update please! Selfish betul perangai, macam dia je beli kereta guna duit”

image is not available

“Nak tahu update juga. Paling tidak nak tahu dia kena saman dengan polis”

image is not available