Pemandu jengkaut lemas, jentera terbalik di Tasik Bera

27 Sep 2026 • 5:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu jengkaut lemas, jentera terbalik di Tasik Bera
Keadaan jengkaut yang terbalik ketika melakukan kerja pembersihan di Tasik Bera. Foto JBPM Pahang
Image from: Pemandu jengkaut lemas, jentera terbalik di Tasik Bera
Mangsa berjaya dibawa naik ke darat namun disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan. Foto JBPM Pahang
Image from: Pemandu jengkaut lemas, jentera terbalik di Tasik Bera
Anggota dari BBP Triang melakukan pencarian awal mangsa di sekitar jengkaut terbalik. Foto JBPM Pahang

KUANTAN - Seorang pemandu jengkaut ditemukan lemas, manakala seorang lagi selamat selepas jentera berat yang dikendalikan mereka terbalik ketika menjalankan kerja pembersihan di Tasik Bera, Bera pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa berusia 26 tahun ditemui terperangkap dalam kabin pemandu.

**media[3660316]**

Menurutnya, pihaknya membuka pintu sebelum mangsa berjaya ditarik keluar jam 4.10 petang.

"Lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa naik ke darat sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang tiba ke lokasi.

"Seorang lagi mangsa berusia 28 tahun selamat apabila berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian," katanya.

**media[3660317]**

Mohd Salahuddin berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 2.11 petang sebelum sepasukan anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang ke lokasi untuk operasi menyelamat.

"Anggota bersama jentera tiba di lokasi jam 2.56 petang dan didapati terdapat sebuah jengkaut terbalik semasa kerja-kerja pembersihan tasik melibatkan dua mangsa dengan  seorang daripadanya dikhuatiri lemas.

"Pencarian di peringkat awal dibuat menggunakan bot di sekitar kawasan jengkaut terbalik sebelum mangsa berjaya ditemui dan dibawa naik," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved