Pemandu jengkaut lemas di Tasik Bera dikenal pasti

27 Sep 2026 • 7:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemandu jengkaut lemas di Tasik Bera dikenal pasti
Pemandu jengkaut yang ditemukan lemas selepas jentera dikendalikannya terbalik di Tasik Bera dikenal pasti sebagai Alief Daniel Haqim Abdullah (gambar kecil).

KUANTAN - Pemandu jengkaut yang ditemukan lemas selepas jentera dikendalikan terbalik ketika kerja-kerja pembersihan di Tasik Bera, Bera dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir berkata, mangsa yang maut, Alief Daniel Haqim Abdullah, 26, beralamat dari Parit Yaani, Yong Peng, Johor.

Menurutnya, seorang lagi pekerja yang terselamat dikenal pasti sebagai Muhammad Aiman Fikri Mohd Azhar, 28, dari Felda Purun, Bera.

"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 2.10 petang.

"Berdasarkan maklumat diterima, terdapat dua pekerja ketika kejadian. Seorang berjaya menyelamatkan diri manakala seorang lagi terperangkap di dalam jentera terbabit," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang pemandu jengkaut ditemukan lemas manakala seorang lagi selamat selepas jentera berat dikendalikan mereka terbalik ketika menjalankan kerja pembersihan di Tasik Bera, Bera pada Sabtu.

Mangsa berusia 26 tahun itu ditemukan terperangkap di dalam kabin pemandu sebelum berjaya dikeluarkan pada jam 4.10 petang.

Mangsa tidak sedarkan diri ketika dibawa naik ke darat sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang tiba di lokasi.

Zulkiflee berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved