Pahang rugi RM387.8 juta penerokaan haram Ramsar Tasik Bera

LocalEnvironment
24 Sep 2026 • 11:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pahang rugi RM387.8 juta penerokaan haram Ramsar Tasik Bera

BERA – Kerajaan negeri kerugian sebanyak RM387.8 juta akibat ketirisan hasil pembersihan hutan susulan penerokaan haram di Hutan Simpan Kekal, Tapak Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasik Bera.

Difahamkan, kerugian itu adalah berdasarkan nilai stumpej yang dikira untuk mengenal pasti royalti, premium pokok hutan dan digunakan bagi membayar ganti rugi pokok hutan.

Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) Jabatan Perhutanan Pahang, Dr. Grippin Akeng berkata, anggaran kasar itu adalah berdasarkan nilai anggaran RM55,400 bagi setiap hektar tanah yang diteroka.

“Jika merujuk nilai stumpej bagi Pahang, RM55,400 perhektar didarab dengan nilai keluasan tanah yang diteroka dianggarkan 7,000 hektar bersamaan dengan RM387.8 juta.

“Bagaimanapun, nilai ini merupakan anggaran kasar dan jumlah sebenar hanya dapat ditentukan selepas bancian terperinci dilakukan di lapangan,” katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini Kosmo! melaporkan Tapak Ramsar yang diiktiraf sejak tahun 1994 itu kini berdepan ancaman serius apabila lebih 7,000 hektar kawasan dikatakan diteroka secara haram dengan tanaman sawit, getah dan pelbagai tanaman kontan.

Pencerobohan itu dipercayai dilakukan oleh dalang atau sindiket berselindung di sebalik nama Orang Asli yang mempergunakan golongan tersebut melalui penggunaan isu tanah adat dan kawasan rayau etnik itu bagi membuka tanah secara haram. – KOSMO! ONLINE

The post Pahang rugi RM387.8 juta penerokaan haram Ramsar Tasik Bera appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved