
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak belakangan ini, ada sahaja video yang dikongsikan oleh beberapa pengguna media sosial tentang haiwan liar yang dijumpai ketika dalam perjalanan berhampiran hutan belantara.
Antara haiwan yang dijumpai adalah gajah yang kebiasaannya ditemui di sekitar Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak dan Jeli, Kelantan.
Lazimnya, haiwan sebegini tidaklah menyerang manusia kecuali jika mereka berasa terancam dengan keadaan sekeliling.
Apa yang pasti, serangan haiwan sebegini sememangya boleh memberi kesan antaranya kerosakan kenderaan malah lebih teruk boleh menyebabkan kecederaan.
Baca Artikel Berkaitan: Gajah Mengamuk & Rosakkan Kereta Gara-Gara Rider Tidak Sabar Buat Ramai Geram [Video]
Pemandu Lori Cedera Selepas Kena Serang Dengan Harimau Kumbang
Terbaharu, seorang pemandu lori cedera parah di bahagian muka akibat diserang oleh seekor harimau kumbang.
Difahamkan, mangsa diserang ketika berhenti di tepi jalan untuk membuang air kecil berhampiran kawasan pinggir hutan.
Anggota Perhilitan Jalankan Siasatan Di Lokasi Kejadian
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim, pihaknya ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira jam 3.31 petang di Jalan Bukit Tangga-Seremban, Jelebu, Negeri Sembilan.
Jelasnya, ia berdasarkan maklumat video tular yang menunjukkan seorang pemandu lori diserang harimau kumbang ketika mangsa turun membuang air kecil.
“Video berdurasi 16 saat itu menunjukkan kelibat harimau kumbang sedang berlari ke arah hutan yang bertentangan.
“Susulan itu kakitangan Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan segera melakukan siasatan lanjut di lokasi kejadian petang tadi,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Mangsa Sedang Dirawat Di Hospital Seremban
Tambah Abdul Kadir lagi, berdasarkan laporan yang diterima dan dikongsikan bersama pihak polis, mangsa merupakan warga tempatan dan berusia dalam linkungan 50-an serta berasal daripada Bukit Tinggi Klang, Selangor.
“Hasil siasatan juga mendapati seekor harimau kumbang dipercayai keluar dari hutan berhampiran dan menerkam bahagian kepala mangsa.
“Haiwan liar itu kemudian berlari ke kawasan hutan bertentangan jalan berkenaan. Terdapat bukti tompokan darah mangsa di lokasi kejadian,” jelasnya.
Mangsa kini dirawat di Hospital Seremban dan berada dalam keadaan sedar serta akan menjalani rawatan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).
“Tindakan pemantauan dan rondaan susulan akan dilakukan di lokasi kejadian dan orang ramai dinasihati berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan,” katanya.
Memetik Sinar Harian pula, mangsa kini berada dalam keadaan stabil.
Terdahulu, tular video menyaksikan pemandu lori berkenaan diserang harimau kumbang sebelum haiwan berkenaan melarikan diri ke seberang jalan.
Harimau kumbang terkam driver lori di bukit tangga. Semoga tiada kecederaan yang serious kepada pakcik tersebut. Aamiin #bukit tangga #harimaukumbang🔥#terkamdriverlori #blackpanther
Baca Artikel Berkaitan: Harimau Kumbang Negeri Sembilan Akhirnya Berjaya Ditangkap [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ada Gajah Naik Lori Pandang Ke Belakang? Ini Sebabnya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Dipijak Semasa Lihat Gajah Lalu
Source:



![Siap Panggil Polis! Wanita Terkejut Jumpa Kaki ‘Manusia’ Tertanam Dalam Tanah Tepi Pantai, Rupanya… [Video]](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)