Pemandu lori didakwa amang seksual anak tiri

LocalFamily & Parenting
10 Sep 2026 • 3:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu lori didakwa amang seksual anak tiri

KULIM – Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya, tahun lalu.

Tertuduh berusia 33 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Jamaliah Abd. Manap.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak itu didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang kini berusia 17 tahun di sebuah rumah, di sini antara 3 Oktober 2025 hingga 13 Oktober 2025.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fitrah Safar manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), JG Kaameni.

Pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan atas faktor keselamatan memandangkan tertuduh dan mangsa tinggal serumah, manakala 22 Oktober depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu lori didakwa amang seksual anak tiri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved