Ibu dakwa anak 11 tahun jadi mangsa gangguan seksual di tahfiz Banting

9 Sep 2026 • 12:18 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Hantaran Caprice mengenai dakwaan ibu terhadap gangguan seksual membabitkan anaknya di sebuah tahfiz di Banting

Seorang wanita mendakwa anaknya yang berusia 11 tahun menjadi mangsa gangguan seksual ketika berada di sebuah sekolah tahfiz di Banting.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh aktivis dan pempengaruh Caprice di media sosial, wanita berkenaan mendakwa mendapat tahu mengenai kejadian itu selepas anaknya menceritakan apa yang berlaku kepadanya.

Menurut wanita itu, anaknya mendakwa telah diliwat oleh lebih daripada lima pelajar di sekolah tahfiz berkenaan.

Bagaimanapun, wanita berkenaan memaklumkan, pihaknya ketika ini masih tidak mempunyai bukti dan saksi yang mencukupi berhubung dakwaan tersebut.

Baca juga:

Sehubungan itu, dia merayu kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka ke tahfiz berkenaan antara 2024 hingga 2026 supaya bertanya kepada anak masing-masing mengenai kemungkinan pernah berlaku gangguan seksual.

Dia turut meminta mana-mana ibu bapa yang mempunyai maklumat berkaitan atau anak yang pernah mengalami gangguan seksual oleh pelajar di sekolah berkenaan supaya tampil menghubungi pihaknya.

“Sekarang kami masih tidak cukup bukti dan tidak cukup saksi. Saya memohon, saya merayu kepada ibu bapa yang pernah menghantar anak ke tahfiz tersebut dari tahun 2024 hingga 2026.

“Sila tanya anak jika anak pernah diliwat atau pernah mengalami gangguan seksual oleh pelajar-pelajar di sekolah tersebut,” katanya.

The post Ibu dakwa anak 11 tahun jadi mangsa gangguan seksual di tahfiz Banting appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved