Pemandu lori didenda RM11,500 pindah 119 kambing, 15 kerbau tanpa kebenaran

31 Jul 2026 • 3:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemandu lori didenda RM11,500 pindah 119 kambing, 15 kerbau tanpa kebenaran

GERIK: Seorang pemandu lori didenda RM11,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memindahkan 119 ekor kambing dan 15 ekor lembu tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Perak pada Februari lalu.

Orang Kena Saman (OKS), Mohd. Syafiq Aiman Amir, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Firdaus Nor Azlan.

Mohd. Syafiq turut berdepan hukuman penjara empat bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Syafiq didakwa memindahkan 119 ekor kambing menggunakan lori tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah DVS Perak atau mana-mana pegawai diberi kuasa, di tepi Jalan Raya Timur-Barat dalam daerah Hulu Perak pada pukul 3.30 pagi, 8 Februari 2026.

Dalam prosiding sama, OKS didakwa memindahkan 15 ekor kerbau menggunakan lori di tepi Lebuh Raya Timur-Barat berhampiran Restoran Bondaku , dalam daerah Hulu Perak pada pukul 2.40 pagi, 27 Februari 2026.

Dia didakwa mengikut Perenggan 3(a) Perintah Menteri Besar bagi Perintah Kawasan Kawalan Penyakit Kuku dan Mulut Perak 2008, dibaca bersama Subseksyen 36(1) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dan Seksyen 36(7) Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452) yang memperuntukkan denda maksimum RM15,000.

Muhammad Firdaus kemudian menetapkan hukuman denda RM6,500 bagi pertuduhan pertama dan sekiranya gagal bayar, OKS diperintahkan menjalani hukuman penjara selama lima bulan.

Bagi pertuduhan kedua pula, Mohd. Syafiq didenda RM5,000 atau empat bulan penjara jika gagal bayar.

Mahkamah turut memerintahkan wang hasil jualan haiwan ternakan sebanyak RM35,887.50

dan RM36,750 bagi setiap pertuduhan dilucuthak kepada kerajaan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Veterinar Perak, Roziman Awang Tahrin manakala OKS diwakili peguam bela, Muhammad Zaem Ab Aziz. –UTUSAN

The post Pemandu lori didenda RM11,500 pindah 119 kambing, 15 kerbau tanpa kebenaran appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved