Lelaki maut, Perodua Kancil bertembung babi sebelum langgar lori

LocalCars
28 Oct 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki maut, Perodua Kancil bertembung babi sebelum langgar lori

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Kancil dipandunya dipercayai bertembung dengan seekor babi hutan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori 10 tayar di Stesen Minyak Five Kalumpang, Kuala Kubu Baharu di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.16 pagi itu, mangsa ditemukan tersepit di dalam kenderaan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi pada pukul 7.32 pagi, anggota mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori dan Perodua Kancil dengan seorang lelaki tersepit di dalam kereta berkenaan.

“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan berjaya melaksanakan operasi menyelamat dalam tempoh lima minit selepas tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau menambah, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki maut, Perodua Kancil bertembung babi sebelum langgar lori appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved