Pemandu lupa letak gear ‘P’, punca SUV rempuh pincu kaca KKIA  

LocalCars
9 Aug 2026 • 6:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemandu lupa letak gear ‘P’, punca SUV rempuh pincu kaca KKIA  

KOTA KINABALU: Terlupa meletakkan tuil gear pada kedudukan ‘P’ (Park) dikenal pasti punca sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh pintu kaca bahagian pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini, baru-baru ini 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.55 petang ketika SUV berkenaan dipandu seorang wanita berusia 66 tahun yang berhenti di lorong kedua hadapan bangunan KKIA untuk menjemput anaknya.

“Semasa hendak bertukar pemandu, wanita berkenaan dipercayai terlupa meletakkan tuil gear pada kedudukan ‘P’ (Park).

“Ketika cuba keluar daripada kenderaan, SUV berkenaan bergerak secara perlahan menyebabkan pemandu panik dan secara tidak sengaja menekan pedal minyak sehingga kenderaan meluncur laju ke hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shahrudin berkata, akibat kejadian itu, SUV berkenaan melanggar sebuah kenderaan lain sebelum terbabas dan merempuh pintu kaca bahagian pelepasan KKIA, sebelum melanggar sebuah tiang bangunan.

Katanya, pemandu sempat keluar daripada kenderaan sebelum pelanggaran berlaku namun mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka akibat terkena serpihan kaca.

“Pemandu kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu oleh ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Susulan itu, menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Kaedah 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 [LN 166/59] di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

 

The post Pemandu lupa letak gear ‘P’, punca SUV rempuh pincu kaca KKIA   appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved