Polis Cari Suspek Rakam Skirt Wanita 

LocalPolitics
31 Mar 2026 • 5:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki merakam gambar bawah skirt seorang wanita dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Bandar Sunway, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan susulan rakaman video yang tular di media sosial.

Beliau berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan serta mengenal pasti mangsa dan suspek terlibat.

“Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!.

Terdahulu, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular memaparkan seorang lelaki dipercayai merakam gambar bawah skirt seorang wanita yang tidak dikenali di dalam sebuah premis.

Suspek dilihat berada di lokasi kejadian selama beberapa minit sambil menggunakan telefon bimbit untuk melakukan perbuatan tersebut sebelum dipercayai beredar selepas tindakannya disedari orang awam. - Getaran, 31 Mac 2026