Pemansuhan AUKU dibawa ke Parlimen tahun ini

LocalPolitics
20 Aug 2026 • 4:58 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemansuhan AUKU dibawa ke Parlimen tahun ini

KLANG: Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) akan dibentang Rang Undang-Undang (RUU) pemansuhannya pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri semalam dan akan dibawa ke Parlimen bagi memansuhkan keseluruhannya supaya tiada lagi undang-undang sedemikian mengganggu mahasiswa.

Beliau berkata, undang-undang sedia ada di negara ini termasuk berkaitan jenayah sudah mencukupi untuk dikuatkuasakan untuk memastikan golongan cendekiawan itu tidak melalukan kesalahan.

“Beri ruang kepada anak-anak kebanyakannya berumur 18 tahun, sudah dewasa, matang. Apa takkan berlaku kesilapan, jangan kata begitu, memang akan berlaku kesilapan, didiklah, tegurlah.

“Tak ada undang-undang? Pakailah undang-undang jenayah yang ada, mengapa hendak ditambah undang-undang untuk anak-anak mahasiswa, itu yang saya berbeza pendapat.

“Jadi, semalam dalam mesyuarat Jemaah Menteri saya kata saya hendak tengok akta itu pertamanya batalkan keseluruhannya dan kalau ada keperluan akta pengurusan universiti atau penubuhan universiti, kuasa senat, dekan, board of studies, itu soal lain. Tetapi, jangan ganggu mahasiswa,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Kebangsaan dan Antarabangsa (HAMKA) 2026 di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporka Kementerian Pendidikan Tinggi akan menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi meneliti keseluruhan aspek berkaitan penggubalan akta baharu susulan keputusan kerajaan untuk memansuhkan AUKU.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, penubuhan jawatankuasa bebas itu merupakan langkah pertama yang akan dilaksanakan dalam usaha membangunkan One Higher Education Act bagi menggantikan AUKU.

Jelas Anwar, pengurusan universiti termasuk naib canselor dan dekan perlu memainkan peranan dalam mendidik mahasiswa bagi memastikan kebebasan mahasiswa tidak melampaui undang-undang sedia ada.

Apakah saya yakin anak-anak mahasiswa tidak akan melakukan kesilapan, saya percaya ada. Tak boleh terkawal, tetapi saya percaya.

“Ada sahabat saya seorang sasterawan Indonesia terkenal, namanya Taufik Ismail. Dia tulis semasa gejolak universiti di Indonesia 40 tahun yang lalu mungkin. Dia tulis soal takut mahasiswa.

“Mahasiswa takut dengan doset (pensyarah), pensyarah takut dengan dekan, dekan takut dengan rektor, rektor takut dengan menteri, menteri dengan presiden, presiden takut dengan mahasiswa. Tidak persis begitu, tetapi lebih kurang begitu.

“Jadi, kita kena matikan sifat takut. Hendak tanya, tanya dengan sopan dan beradab. Setuju, iya. Tak setuju, mungkin,” ujarnya. – UTUSAN

The post Pemansuhan AUKU dibawa ke Parlimen tahun ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved