Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus IPS tidak jejas agenda pemerkasaan bumiputera - Akmal Nasrullah

LocalPolitics
26 Sep 2026 • 2:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus IPS tidak jejas agenda pemerkasaan bumiputera - Akmal Nasrullah
Akmal Nasrullah bercakap ketika Majlis Penutup RIYI 2026 Subang Jaya pada Sabtu. - FOTO: Bernama

SUBANG JAYA - Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS) tidak menjejaskan agenda pemerkasaan bumiputera negara, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata, pelaksanaan dan tindakan berkaitan perkara itu adalah di bawah kementerian yang berkenaan mengikut bidang kuasa masing-masing.

"Agenda pemerkasaan bumiputera perlu dilihat dari sudut yang positif bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk terus berkembang dan menceburi bidang ekonomi.

"Kerajaan juga akan terus memperkukuh agenda pemerkasaan Bumiputera melalui pendekatan yang dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam ekonomi,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup REHDA Institute Youth Initiative (RIYI) 2026 di sini pada Sabtu. - Bernama 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved