Keputusan ekuiti bumiputera dalam IPS dibuat Kabinet pada 2009

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 2:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keputusan ekuiti bumiputera dalam IPS dibuat Kabinet pada 2009

GEORGE TOWN: Keputusan berhubung pemilikan ekuiti bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS) merupakan keputusan Kabinet yang dibuat pada 2009.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, sebarang keputusan berkaitan perkara itu perlu dilihat sebagai pendirian kerajaan secara bersama, selain memerlukan kepastian di peringkat Jemaah Menteri.

“Isu khusus ini sebenarnya berada di bawah Kementerian Pendidikan (KPM). Jadi, perkara seperti ini perlu diselaraskan supaya tidak menimbulkan polemik atau pandangan yang berbeza.

“Keputusan ini juga dibuat berpandukan kepada keputusan Kabinet tahun 2009. Jadi sebab itu dalam isu ini apa-apa keputusan itu adalah pendirian kerajaan secara bersama,” katanya dalam sidang akhbar KL20@Penang 2026: Silicon Surge di sini hari ini.

Sebelum ini, KPM memaklumkan, pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti bumiputera tidak lagi ditetapkan sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan IPS di bawah KPM.

Akmal Nasrullah berkata, daripada segi komitmen kerajaan secara keseluruhan, agenda bumiputera memang diangkat melalui Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PUTERA35) dan perlu dilihat dalam konteks lebih luas bagi memacu kekuatan ekonomi bersama.

Katanya, agenda berkenaan tidak seharusnya dilihat daripada konteks terlalu kecil sehingga boleh menjejaskan matlamat pembangunan ekonomi secara keseluruhan.

“Sebab seperti mana yang kita nyatakan dalam PUTERA35, pemerkasaan bumiputera itu seharusnya dilihat dapat memacu kekuatan ekonomi bersama, bukan dilihat daripada konsep konteks yang agak kecil.

“Jadi, sebab itu perkara ini sememangnya di peringkat kebersamaan kerajaan dalam usaha kita mengangkat agenda bumiputera itu perlu berpandukan juga kepada PUTERA35,” katanya. – UTUSAN

The post Keputusan ekuiti bumiputera dalam IPS dibuat Kabinet pada 2009 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved