Pemantauan pusat sembelihan ayam perlu dipertingkat, tindakan tegas diambil

LocalFood
2 Nov 2026 • 1:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pemantauan pusat sembelihan ayam perlu dipertingkat, tindakan tegas diambil

SHAH ALAM, 2 NOV: Pemeriksaan dan pemantauan berkala di pusat penyembelihan serta pemprosesan ayam segar perlu dipertingkat bagi memastikan operasi mematuhi prosedur dan piawaian ditetapkan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pengeluar sijil halal dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bekerjasama bagi memastikan pemantauan dilaksanakan secara konsisten.

Beliau turut berharap tindakan tegas termasuk pendakwaan dikenakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang melanggar peraturan dan undang-undang.

“Serbuan sudah dilakukan dan apa yang sewajarnya adalah diambil tindakan tegas, termasuk pendakwaan dan sebagainya supaya kita boleh mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

“Pengeluar sijil dan PBT perlu bekerja bersama. Pemeriksaan berkala harus dibuat supaya kita boleh memastikan operasi sensitif seperti pusat penyembelihan dapat beroperasi mengikut prosedur dan piawaian sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Simbolik Penyerahan Program Nutrisel dan Mega Nutrisel di sini, hari ini.

Amirudin berharap orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membuat aduan bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan pemantauan.

“Kerjasama semua pihak berautoriti penting bagi memastikan operasi pusat penyembelihan dipantau dengan sebaik mungkin,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan ayam segar yang diproses sebuah pusat penyembelihan dan pemprosesan di Puchong, yang diserbu pihak berkuasa, direnjat elektrik sebelum disembelih.

Dalam serbuan itu, lebih 6.5 tan ayam mentah dirampas kerana disyaki diproses menggunakan kaedah renjatan rendaman air berarus elektrik (water bath stunning) sekali gus tidak mematuhi hukum syarak dan keperluan persijilan halal.

Turut ditahan dalam Ops Taring Chiller itu 12 lelaki warga Bangladesh dan Pakistan yang dipercayai terbabit aktiviti penyembelihan serta pemprosesan ayam di premis berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved