Pemasangan Jalur Gemilang tanpa bulan dan bintang di Batu Buruk tidak disengajakan 

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 3:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pemasangan Jalur Gemilang tanpa bulan dan bintang di Batu Buruk tidak disengajakan 

KUALA TERENGGANU: Isu pemasangan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan dan bintang di Batu Buruk,di sini, dilakukan secara tidak sengaja. 

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar menganggap insiden yang tular dalam media sosial pada Jumaat lalu itu sebagai kes perkara tidak disengajakan oelh pihak terlibat.

“Saya rasa itu bukan kes yang disengajakan, kes yang terpencil yang tidak disengajakan.Apa pun, kita akan lakukan siasatan dan memastikan perkara itu tidak berulang walaupun siapa juga yang memasangnya termasuk orang awam dan sebagainya,” katanya selepas merasmikan Hari Renjer Sedunia 2026 peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Lizan Che Mat berkata, pihaknya mengambil tindakan serta-merta dengan menurunkan bendera berkenaan pada Jumaat lalu dan menggantikannya dengan Jalur Gemilang baharu.

Katanya, Jalur Gemilang berkenaan sebenarnya mempunyai lambang bulan dan bintang namun bahagian tersebut tercabut selepas lambang berkenaan dijahit pada bendera.

“Bendera yang lama bukan tidak ada bulan dan bintang cuma kita jahit dan bahagian sebelah itu tercabut akibat ribut kuat pada hari berkenaan.  Selepas ini, kita tidak akan jahit lagi sebaliknya kita akan beli bendera yang sudah siap dan sempurna sepenuhnya,” katanya. – UTUSAN

The post Pemasangan Jalur Gemilang tanpa bulan dan bintang di Batu Buruk tidak disengajakan  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved