Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit, Bintang Tidak Disengajakan - MB

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 5:25 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit, Bintang Tidak Disengajakan - MB

KUALA TERENGGANU - Penggunaan Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit dan bintang di Dataran Batu Buruk yang tular di media sosial Jumaat lalu berlaku tanpa disengajakan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, menyifatkan kejadian berkenaan sebagai insiden terpencil.

“Perkara itu tidak disengajakan dan merupakan insiden terpencil. Kita akan menjalankan siasatan bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang, tanpa mengira pihak yang memasang bendera berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Lizan Che Mat menjelaskan, Jalur Gemilang berkenaan pada asalnya mempunyai simbol bulan sabit dan bintang, namun bahagian tersebut tertanggal akibat proses jahitan.

Beliau berkata, tindakan segera diambil susulan kejadian itu dengan menurunkan bendera berkenaan pada Jumaat lalu sebelum menggantikannya dengan Jalur Gemilang yang baharu.

“Bendera lama itu sebenarnya mempunyai simbol bulan sabit dan bintang. 

“Kita hanya menjahitnya semula, namun bahagian tepi bendera tersebut terkoyak akibat ribut kuat yang berlaku pada hari berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, sebuah video yang memaparkan Jalur Gemilang dipasang di kawasan Batu Buruk tanpa simbol bulan sabit dan bintang tular di media sosial, sekali gus mencetuskan perhatian serta perdebatan dalam kalangan netizen. - Getaran, 10 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved