Pemasangan Kemas Kini Windows 11 Kini Boleh Mencapai Sekitar 45% Lebih Pantas

TechnologyDigital
24 Oct 2024 • 10:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pemasangan kemas kini sistem operasi Windows pada sebuah PC atau laptop sangat menjengkelkan. Ini kerana proses pemasangan aplikasi mengambil masa yang lama, prestasi peranti menjadi tidak konsisten untuk seketika waktu dan paling penting membazir masa pengguna. Ia berbeza dengan sistem kemas kini pada peranti Apple. Terbaru, Microsoft mengumumkan yang proses kemas kini mereka juga kini lebih pantas.

image is not available

Dalam ujian pertama yang dilakukan, peranti Windows yang kerap dikemaskini boleh memasang kemas kini baharu dengan 45.6% lebih pantas dan masa peranti dihidupkan semula pula adalah 39.7% lebih pantas. Kemudian ketika kemas kini penggunaan CPU pula menjadi 15.3% lebih rendah. Untuk peranti Windows yang tidak dikemas kini selama 18 bulan, kemas kini boleh dipasang dengan 43.6% lebih pantas. Kemudian masa peranti dihidupkan semula adalah 33.5% lebih pantas dengan 25% kurang menggunakan tenaga CPU.

Proses kemas kini baharu yang lebih pantas ini dapat dirasai melalui Windows 11 22H2 ke 24H2. Turut perlu diingatkan, ujian Microsoft ini adalah berasaskan mesin maya dengan memori 16GB RAM. Jadi proses pemasangan masih bergantung kepada spesifikasi peranti tetapi Microsoft tetap berjanji yang ia kini adalah semakin pantas dan tidak lagi menjengkelkan.