Mailbird merupakan salah satu aplikasi pengurusan emel yang popular di Windows, terutamanya dengan antaramuka yang kemas dan moden. Selepas eksklusif untuk platform Windows selama beberapa tahun, hari ini Mailbird turut mengumumkan pengenalan perisian mereka untuk para pengguna sistem operasi macOS.

Dengan langkah ini, kini pengguna Mac turut boleh menggunakan Mailbird dalam menguruskan emel mereka, sekaligus mempunyai lebih pilihan aplikasi untuk pengurusan emel. Mailbird ditawarkan secara percuma untuk ciri asas, tetapi memerlukan pelan langganan berbayar untuk ciri tambahan, termasuk multi akaun.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba Mailbird hari ini di desktop anda.
