
KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengakibatkan kecederaan parah terhadap isterinya, Sabtu lalu.
Wan Noorazmilrullah Wan Noorabiddin, 37, memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut pertuduhan, pembantu kedai alat ganti kenderaan itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap isterinya kira-kira pukul 7 malam pada 5 September lalu di sebuah rumah di Desa Mutiara, Jalan Gong Badak, Kuala Terengganu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama. Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua kali ganda tempoh maksimum yang boleh dikenakan bagi kesalahan berkenaan.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 8 Oktober ini untuk serahan dokumen dan lantikan peguam. – UTUSAN
The post Pembantu kedai alat ganti kenderaan tidak mengaku cederakan isteri appeared first on Utusan Malaysia.





![[VIDEO] Hantar WhatsApps gambar video lucah bekas isteri kepada suami baru, lelaki didenda RM30,000](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2026/09/10/3642676.webp)