Tiga lagi lelaki didakwa bunuh lelaki di Taman Alam Megah

10 Sep 2026 • 5:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tiga lagi lelaki didakwa bunuh lelaki di Taman Alam Megah

SHAH ALAM – Tiga lagi lelaki yang menganggotai kumpulan kongsi gelap didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, dua minggu lalu.

P. Thasarathan, 35, P. Nishant, 21, dan S. Rubanraj, 22, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Shafiq Sulaiman.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dengan pertuduhan terbaharu itu, jumlah lelaki yang didakwa berkaitan kes berkenaan kini meningkat kepada 11 orang. Lapan lelaki sebelum ini didakwa atas kesalahan sama pada 4 September lalu.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama lapan lagi yang telah dituduh dan lima lagi masih bebas sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan bersama membunuh Ganesan, 23, di Jalan Mandolin 33/5, Taman Alam Megah di sini, pada pukul 1.59 petang, 25 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Alia Anisa Khairus Masnan tidak menawarkan jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Thasarathan tidak diwakili peguam, manakala Nishant dan Rubanraj masing-masing diwakili peguam R. Sivaraj dan Devindar Kaur.

Majistret kemudian tidak membenarkan ikat jamin terhadap ketiga-tiga tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan 24 November depan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiga daripada tujuh individu yang diburu polis berhubung kes pergaduhan maut di Taman Alam Megah di sini, berjaya ditangkap polis.

Sebelum ini, lapan individu termasuk dua beradik yang menganggotai kumpulan kongsi gelap didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki. – KOSMO! ONLINE

The post Tiga lagi lelaki didakwa bunuh lelaki di Taman Alam Megah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved