Pembantu rumah didera akibat tuduhan mencuri, enam ditahan

23 Oct 2026 • 2:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pembantu rumah didera akibat tuduhan mencuri, enam ditahan

SHAH ALAM, 23 OKT: Tuduhan mencuri dan merosakkan barangan milik majikan dipercayai menjadi punca seorang pembantu rumah warga Indonesia didera sehingga mengalami kecederaan melecur di seluruh badan di Tanjong Sepat, Kuala Langat.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata mangsa yang mengalami kecederaan akibat penderaan itu kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurutnya, kejadian yang dilaporkan berlaku pada 16 Oktober lalu membawa kepada penahanan enam individu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan majikan mangsa.

“Mangsa didera atas dakwaan atau tuduhan mencuri barangan majikan serta merosakkan barangan milik majikan.

“Kertas siasatan masih dalam proses untuk dilengkapkan dan siasatan lanjut masih berjalan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini, lapor Harian Metro.

Mengulas lanjut, Shazeli berkata kesemua enam suspek ditahan di sebuah premis perniagaan di Jalan Merbau, Pusat Perniagaan Oren, Butterworth, Pulau Pinang.

Menurutnya, tangkapan dilakukan kira-kira jam 6.30 petang pada Isnin lalu susulan kejadian penderaan terbabit.

Tambah beliau, dua daripada enam individu yang ditahan dikenal pasti sebagai suspek utama iaitu pasangan suami isteri yang juga majikan kepada mangsa.

Kedua-dua suspek utama itu kini ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut polis berhubung kejadian berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved