Pemberian khas untuk Sabah dan Sarawak dilunaskan sebelum hujung tahun

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 12:19 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pemberian khas untuk Sabah dan Sarawak dilunaskan sebelum hujung tahun

Kuala Lumpur: Sebanyak 12 perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) telah dimuktamadkan di bawah Kerajaan Madani, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata antaranya mewujudkan wakil tetap Sabah dan Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Pelabuhan Bintulu diserah dan menjadi pelabuhan milik Sarawak.

“Perkara lain yang dimuktamad ialah MASWings diserah kepada Sarawak menjadi AirBorneo, sementara Kerajaan Persekutuan masih menyediakan RM209 juta sebagai subsidi yang memanfaatkan 820,000 penumpang di pedalaman.

“Selain itu, kuasa kawal selia elektrik diserah kepada Sabah, sementara Kerajaan Persekutuan masih menyediakan RM600 juta bagi menjamin kelangsungan bekalan,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2027 bertemakan “Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” di Dewan Rakyat, Jumaat.

Mengenai Pemberian Khas kepada Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri berkata bayarannya akan dilunaskan sebelum hujung tahun, dengan rundingan bersama kedua-dua negeri diteruskan untuk memuktamadkan formula tahunan yang adil serta mampan.

“Selama puluhan tahun, Pemberian Khas tidak seiring dengan keperluan pembangunan Sabah dan Sarawak. Kerajaan Madani telah meningkatkan kadar pemberian khas sebanyak tiga kali, dengan kadar interim terkini berjumlah RM1.5 bilion.

“Perjanjian MA63 ini harus dilihat sebagai sebahagian daripada Waad Nasional (tangungjawab nasional yang mesti dijawab secara nasional),” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved