Pemberian RM1.5 bilion Sabah mesti manfaatkan rakyat

LocalPolitics
13 Sep 2026 • 9:04 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pemberian RM1.5 bilion Sabah mesti manfaatkan rakyat

SEMPORNA: Kenaikan segera pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion oleh Kerajaan Persekutuan mesti diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, kata Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie berkata peruntukan itu penting, namun pelaksanaannya di peringkat akar umbi menjadi ukuran utama nilainya kepada rakyat Sabah.

“Saya maklum mengenai perkara itu dan saya percaya ia penting. Mari kita lihat apa yang telah dilaksanakan di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Apa yang penting bukan jumlah RM1.5 bilion itu, tetapi bagaimana kita memastikan manfaatnya sampai ke akar umbi supaya rakyat dapat merasai dan menikmatinya,” katanya.

Shafie berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Warisan Bahagian Semporna yang kesembilan, di sini, Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengumumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan segera pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion dan negeri itu dijangka menerima baki RM900 juta daripada geran khas interim RM1.5 bilion berkenaan pada akhir Oktober atau awal November.

Anwar berkata bayaran itu akan dibuat selepas kertas Kabinet berkaitan dibentangkan selepas Parlimen bersidang semula pada Oktober, manakala rundingan mengenai hak Sabah sebanyak 40 peratus daripada hasil bersih Persekutuan yang diperoleh dari negeri itu akan diteruskan.

Menurut Shafie, peruntukan itu juga perlu dilihat bersama hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk tuntutan negeri itu untuk menerima 40 peratus daripada hasil berkenaan.

Beliau berkata tuntutan hasil 40 peratus itu perlu diberi perhatian serius dan dibincangkan bagi memastikan hak yang diperuntukkan di bawah MA63 dapat direalisasikan sebaik mungkin.

Shafie berkata impak peruntukan kerajaan juga perlu dinilai melalui pelaksanaannya, khususnya dalam menangani keperluan asas seperti bekalan air dan elektrik.

“Jika kita lihat Belanjawan tahun ini, hampir RM13 bilion diperuntukkan kepada Sabah, tetapi di mana wang itu? Kita mendengar berbilion ringgit untuk bantuan, tetapi rakyat tidak dapat merasainya,” katanya.

Shafie berkata MA63 juga perlu dihormati sebagai asas pembentukan Malaysia, termasuk perkara berkaitan pendidikan, kesihatan dan keselamatan yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.

Beliau menambah pelaksanaan tepat pada masanya penting bagi memastikan peruntukan sampai kepada masyarakat ketika diperlukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved