Pembinaan E1AKAN pisahkan Tebing Barat - Anwar

WorldPolitics
21 Aug 2026 • 2:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pembinaan E1AKAN pisahkan Tebing Barat - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR-  Pembinaan di kawasan penempatan E1 di timur Baitulmuqaddis akan memisahkan Tebing Barat dan menjejaskan prospek pembentukan tanah air Palestin, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam hantaran Facebook hari ini, beliau mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Israel untuk membuka tender pembinaan bagi projek penempatan E1.

"Tanah di sebelah timur Baitulmuqaddis ini sejak sekian lama amat penting bagi kelangsungan negara Palestin," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata, penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki adalah tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa, namun Israel terus bertindak tanpa sebarang hukuman.

 

 

"Keputusan ini, yang dibuat ketika keganasan peneroka terhadap orang awam Palestin di Tebing Barat yang belum pernah berlaku sebelum ini dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, menunjukkan bahawa rejim Israel berpura-pura mencari keamanan atau menghormati tuntutan komuniti antarabangsa," kata beliau.

 

 

-- LAGI

 

 

ANWAR-TEBING BARAT 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

 

 

Anwar menegaskan semula sokongan teguh Malaysia terhadap rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak boleh dinafikan untuk mempunyai sebuah negara yang berdaulat, berdaya maju, bersempadan dan merdeka.

 

 

Beliau berkata Malaysia akan mengambil perhatian serius terhadap mana-mana syarikat antarabangsa yang memilih untuk menyertai tender berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

 

 

Bernama-Xinhua semalam melaporkan bahawa Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres melahirkan kebimbangan berhubung laporan tentang kawasan penempatan baharu Israel yang tidak sah di Tebing Barat, dan menggesa Israel menghentikan tindakan selanjutnya.

 

 

Jurucakapnya, Stephane Dujarric berkata penempatan E1 akan memutuskan hubungan antara utara dengan selatan Tebing Barat, membawa kesan serius terhadap integriti wilayah Palestin yang diduduki dan menimbulkan ancaman kepada kewujudan penyelesaian dua negara.

 

 

-- BERNAMA

 

 

TAG: Palestin, Israel, E1, penempatan, Tebing Barat, Anwar Ibrahim

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved