Pembuat keluli peroleh peluang bernilai tinggi ditawarkan sektor automotif, pusat data dan aeroangkasa - MITI

LocalBusiness & Finance
29 Oct 2026 • 2:00 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Pembuat keluli peroleh peluang bernilai tinggi ditawarkan sektor automotif, pusat data dan aeroangkasa - MITI Image from: Pembuat keluli peroleh peluang bernilai tinggi ditawarkan sektor automotif, pusat data dan aeroangkasa - MITI amree29/10/2026 - 14:00 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 Okt — Sektor automotif, pusat data (DC) dan aeroangkasa kini membuka pasaran baharu lebih bernilai tinggi kepada industri besi dan keluli tempatan yang mahu beralih daripada kebiasaan fokus tradisional seperti pembinaan serta infrastruktur.

 

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin memberi contoh, pelaksanaan mekanisme insentif baharu (NCM) pada tahun hadapan bakal mewajibkan pembuat kereta meningkatkan tahap kandungan tempatan untuk menikmati kadar duti eksais lebih rendah.

 

Langkah terbaharu berkenaan ujar beliau, memaksa syarikat pengeluar kenderaan antarabangsa untuk segera mengurangkan tahap kebergantungan tinggi terhadap keluli import serta perlu menggantikannya dengan bahan buatan tempatan daripada gred automotif.

 

"Mekanisme yang bakal diumumkan tidak lama lagi itu merangkumi semua jenama pengeluar kereta terkemuka termasuk dari Jepun, Korea Selatan dan China," katanya berucap ketika Persidangan Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia ke-15 pada Khamis.

 

Usaha penggantkan keluli import dalam pembuatan kenderaan tempatan sebelum ini bergerak agak perlahan berikutan cabaran persaingan harga serta keperluan pelaburan tinggi bagi memenuhi standard keselamatan antarabangsa yang cukup ketat.

 

Selain automotif jelas Tze Tzin, status Malaysia sebagai hab pusat DC di Asia turut memberi ruang luas kepada pemain industri berkenaan untuk membekalkan pelbagai bentuk rak pelayan, kabel dan peranti wayar bagi kegunaan operasi harian premis tersebut.

 

keluli_DagangNews2026

 

Trend ini ujar beliau, menyaksikan sebahagian pemain industri tempatan mula mengorak langkah mengalihkan tumpuan perniagaan mereka ke arah pembekalan rak pelayan bagi fasiliti DC yang semakin pesat berkembang dan ada permintaan amat tinggi.

 

"Dalam sektor aeroangkasa pula, industri penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih menyeluruh (MRO) turut memerlukan banyak komponen khusus yang membolehkan pengeluar keluli mampu meraih banyak margin keuntungan secara lebih tinggi," tambahnya.

 

Bagi menyokong proses peralihan berkenaan kata Tze Tzin, kerajaan menerusi MITI bersedia bagi menawarkan beberapa insentif tambahan kepada syarikat keluli yang berhasrat melabur dalam penghasilan produk berasaskan teknologi kompleks.

 

Beberapa pemain utama industri sebelum ini jelas beliau, telah menikmati pelbagai insentif menarik diperuntukkan daripada pihak kerajaan yang merangkumi taraf perintis dan elaun cukai pelaburan.

 

Sokongan padu kerajaan ini bertujuan membantu industri keluli domestik terus berinovasi dan menghasilkan produk bernilai tinggi bagi memenuhi permintaan pasaran teknologi tinggi. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved