Pemilihan PKR: “Menang atau tewas, semua calon tetap punya peranan” -PM Anwar

LocalPolitics
23 May 2025 • 4:29 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan semua calon tetap mempunyai peranan tidak kira menang atau tewas dalam pemilihan Parti KEADILAN (PKR) hari ini.

image is not available

Menang atau tewas tetap punya peranan dalam reformasi PKR

Menerusi hantaran beliau di Facebook, Anwar menyatakan beliau telah selesai menunaikan tanggungjawab sebagai anggota PKR bersama isteri, Datuk Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pemilihan kali ini di Johor Bahru.

“Usai mesyuarat di Kota Iskandar, saya berkesempatan singgah ke bandar Johor Bahru untuk menunaikan tanggungjawab sebagai anggota KEADILAN dalam pemilihan kali ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan teratur.

“Saya berharap para perwakilan menilai keupayaan calon untuk memperkukuh parti dan membawa obor perjuangan ke tingkat tertinggi dalam membuat keputusan,” tulisnya.

image is not available

Menang atau tewas fokus utama berdepan pilihan raya

Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa semua calon tetap mempunyai peranan masing-masing dalam memastikan agenda reformasi kekal berterusan, tidak kira sama ada memang atau tewas.

“Menang atau tewas, semua calon tetap punyai peranan dalam membina kekuatan KEADILAN serta memastikan agenda reformasi terus menyala,

“Fokus semua pimpinan dan anggota selepas berakhir pemilihan harus tertumpu pada usaha mempersiapkan parti menempuh pilihan raya akan datang,” ujarnya.

image is not available

Beliau juga mengucapkan selamat berkongres buat seluruh perwakilan KEADILAN dan akan menyampaikan ucapan dasar pada malam nanti.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim