Pemilik Lebih Satu Kenderaan Boleh Pindah Kelayakan BUDI Diesel Bagi Maksimum 3 Kenderaan

LocalCars
16 Sep 2026 • 11:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pemilik Lebih Satu Kenderaan Boleh Pindah Kelayakan BUDI Diesel Bagi Maksimum 3 Kenderaan

Pemilik berdaftar yang mempunyai lebih daripada satu kenderaan kini boleh memindahkan kelayakan BUDI Diesel bagi maksimum tiga kenderaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan penambahbaikan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, kemudahan itu terhad kepada maksimum tiga kenderaan. Sebagai contoh, kelayakan bagi kenderaan berkenaan boleh dipindahkan kepada suami, isteri atau anak.

Baca juga:

Selain itu, kelayakan BUDI Diesel kini turut boleh dipindahkan kepada warganegara Malaysia lain yang layak, termasuk mereka yang menggunakan kenderaan secara ‘sambung bayar’.

Pindah Kelayakan BUDI Diesel

Image from: Pemilik Lebih Satu Kenderaan Boleh Pindah Kelayakan BUDI Diesel Bagi Maksimum 3 Kenderaan

“Sebelum ini hanya terhad kepada ahli keluarga. Sekarang terbuka kepada semua termasuk mereka yang ‘sambung bayar’,” katanya.

Sebelum ini, mekanisme pemindahan BUDI Diesel hanya membenarkan kelayakan dipindahkan kepada ahli keluarga terdekat yang menggunakan kenderaan tersebut.

Dua penambahbaikan itu diumumkan sempena Amanat Hari Malaysia pada Rabu.

Beliau juga turut mengumumkan mengenai hak pemberian khas untuk negeri Sarawak dan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan secara sekali beri (one-off) kepada setiap pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak.

"Ikhtiar ini turut memaknai semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai waad nasional yang mesti terus diterjemahkan melalui penghormatan terhadap hak serta kepentingan Sabah dan Sarawak dalam kerangka Persekutuan.

"Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus bekerja keras memastikan setiap kemajuan negara diterjemahkan kepada manfaat yang dirasai rakyat, agar Sabah, Sarawak dan Semenanjung terus melangkah bersama menuju kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved