
Rasuah itu dipercayai sebagai balasan mendapatkan geran dan pinjaman di bawah skim pembiayaan kewangan usahawan bumiputera untuk dua syarikat berkaitan persenjataan dan pertahanan.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang pemilik syarikat perundingan, pengurusan dan perniagaan ditahan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30,000.
Rasuah itu dipercayai sebagai balasan mendapatkan geran dan pinjaman di bawah skim pembiayaan kewangan usahawan bumiputera untuk dua syarikat berkaitan persenjataan dan pertahanan.
Menurut sumber wanita berusia lingkungan 60-an itu ditahan kira-kira 6.45 petang Khamis lepas di sekitar Kuala Lumpur.
“Siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan tersebut pada Mac 2025 dan disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM30,000 daripada seorang pemilik syarikat berkaitan persenjataan dan pertahanan,” katanya.
Menurut sumber, perintah reman tujuh hari sehingga 10 Sept terhadap wanita itu dikeluarkan Majistret Aliaa Anwar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi Jumaat.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009.






