Penguat kuasa ditahan terima rasuah RM190,000 bagi lulus kuota minyak

LocalPolitics
14 Aug 2026 • 10:52 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Penguat kuasa ditahan terima rasuah RM190,000 bagi lulus kuota minyak

PETALING JAYA: Seorang anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM190,000 daripada sebuah syarikat pembungkusan minyak masak.

Wang berkenaan dipercayai diterima sebagai balasan membantu proses permohonan kuota subsidi minyak masak daripada sebuah kementerian dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat terbabit.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Taiping.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara 2022 hingga 2026.

“Suspek juga dipercayai menerima wang rasuah melalui 19 keping cek yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Azizul Ahmad Sarkawi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, suspek direman selama tiga hari sehingga 16 Ogos selepas permohonan SPRM dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar, Mohd. Shazmeer Zamhari di Mahkamah Majistret Ipoh, pagi tadi.

Perintah reman itu bagi membolehkan SPRM melengkapkan siasatan berhubung dakwaan penerimaan rasuah serta mengesan aliran wang yang diterima suspek. – UTUSAN

The post Penguat kuasa ditahan terima rasuah RM190,000 bagi lulus kuota minyak appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved