Pemimpin MCA persoal dakwaan kerjasama UMNO-Pas dalam PRK Negeri Sembilan

LocalPolitics
16 Jul 2026 • 11:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pemimpin MCA persoal dakwaan kerjasama UMNO-Pas dalam PRK Negeri Sembilan
Saw Yee Fung mempersoalkan dakwaan wujudnya persefahaman antara UMNO dan Pas dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Negeri Sembilan.

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin MCA, Saw Yee Fung mempersoalkan dakwaan wujudnya persefahaman antara UMNO dan Pas dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Negeri Sembilan, sambil meminta penjelasan mengenai pendirian parti itu terhadap sebarang bentuk kerjasama dengan parti berkenaan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Yee Fung berkata, beliau berasa keliru selepas pemimpin Barisan Nasional (BN) sebelum ini menegaskan bahawa gabungan itu tidak bekerjasama dengan Pas, namun kenyataan berbeza didakwa dibuat semasa kempen di Negeri Sembilan.

"Dalam Johor seminggu lalu, saya berkali-kali memberitahu pengundi bahawa kami tidak bekerjasama dengan Pas dan untuk menyekat 'gelombang hijau', mereka perlu mengundi Barisan Nasional," katanya.

Menurut beliau, pemimpin BN kemudiannya mengumumkan di pentas ceramah calon bahawa terdapat persefahaman dengan "rakan-rakan", manakala pemimpin Pas pula mengesahkan wujudnya kerjasama antara UMNO dan Pas.

Sehubungan itu, Yee Fung mempersoalkan sama ada sebarang persefahaman tersebut telah dipersetujui oleh MCA termasuk barisan kepimpinan tertinggi parti.

Dalam masa sama, beliau membangkitkan persoalan mengenai prinsip perjuangan parti, khususnya berkaitan sekularisme dan demokrasi yang menurutnya telah lama diperjuangkan.

"Apa garis merah yang ada? Apa prinsip yang masih dipertahankan?" soal beliau dalam hantaran itu.

Yee Fung berkata, beliau sukar menerima pendekatan politik yang dilihat mengutamakan kemenangan pilihan raya atau kedudukan politik semata-mata.

"Maaf, saya mempunyai idealisme politik tersendiri dan saya tidak dapat bersetuju dengan perkara ini," katanya.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kepimpinan MCA atau BN berhubung persoalan yang dibangkitkan dalam hantaran tersebut. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved