Peminat kecewa, serang IG Fattah Amin – “Kau buat apa dekat Fazura?

LocalEntertainment
13 Sep 2024 • 2:10 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Berita mengenai pelakon terkenal, Fazura yang memfailkan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin ternyata mengejutkan ramai pihak terutamanya dalam kalangan peminat.

Sejurus khabar angin tersebut tersebar luas di media sosial, peminat bertindak menyerang akaun Instagram milik Fattah Amin di ruangan komen untuk mendapatkan jawapan punca Fazura bertindak sedemikian.

Bukan itu sahaja, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa terhadap Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin yang dituduh gagal menjaga perasaan isterinya.

Fattah Amin

image is not available
image is not available image is not available image is not available image is not available

Hari ini, kecoh di media sosial apabila pelakon filem Gol & Gincu memfailkan cerai terhadap suaminya, aktor Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Difahamkan, punca butiran tersebut tidak didedahkan secara terperinci.

Sehingga kini, Fattah masih mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara tersebut.

Nama pasangan yang masing-masing membintangi drama Hero Seorang Cinderella itu menjadi bualan hangat peminat apabila tidak lagi berkongsi gambar bersama di laman sosial Instagram masing-masing.

Fattah Amin

image is not available

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

image is not available

Sumber: Instagram @Fattah Amin