
PETALING JAYA – Minat mendalam golongan muda terhadap produk makanan mi segera terkenal Korea yang berkualiti dan telah mendapat pensijilan halal mendorong syarikat Nongshim untuk memperkukuhkan komitmennya menawarkan produk terbaharu di pasaran tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Nongshim, Antonio Jo berkata, pihaknya akan menggunakan pelbagai platform untuk berhubung dengan golongan muda melalui era digital yang pantas dan sentiasa terhubung dengan internet,mahukan kebebasan digital dan menjalani gaya hidup tanpa sempadan.
Bersandarkan faktor tersebut, Nonghim telah bekerjasama dengan sebuah program hiburan tempatan yang diharapkan dapat membina hubungan emosi yang lebih dekat dengan generasi anak muda.
“Kami melihat Malaysia adalah pasaran paling menarik di Asia Tenggara yang mana penggunanya menghargai makanan asli Korea selain mengutamakan kualiti dan jaminan halal, katanya dalam satu temubual di sini baru-baru ini.
Nongshim adalah pengeluar jenama mi segera nombor satu Korea iaitu Shin Ramyun.
Antonio menerangkan, melihat kepada minat anak muda Malaysia terhadap jenama mi segera yang memiliki keaslian rasa Korea, ketelusan dan keterjaminan halal, syarikat akan terus mengembangkan rangkaian produknya dengan perisa-perisa inovatif yang memenuhi cita rasa pengguna yang sentiasa berubah. -KOSMO! ONLINE
The post Peminat mi segera Malaysia hargai makanan asli Korea appeared first on Kosmo Digital.




