Peminjam sengaja culas? MARA takkan kompromi! Setiap sen duit rakyat wajib dibayar – Asyraf Wajdi

LocalPolitics
5 Jun 2026 • 8:34 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan beliau tidak akan berkompromi terhadap mana-mana peminjam yang culas membayar balik pinjaman pelajaran kerana dana berkenaan merupakan wang amanah rakyat yang perlu dipulangkan untuk manfaat generasi seterusnya.

Menurut beliau, sejak dilantik menerajui MARA, tindakan tegas termasuk membawa kes ke mahkamah terhadap peminjam culas menjadi antara keutamaan bagi memastikan setiap sen dana awam dapat diperoleh semula.

Katanya, langkah itu penting bagi membolehkan dana berkenaan disalurkan kembali kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Image from: Peminjam sengaja culas? MARA takkan kompromi! Setiap sen duit rakyat wajib dibayar – Asyraf Wajdi

Menerusi satu hantaran di Facebook, Asyraf berkata pihak pengurusan MARA telah diberikan arahan jelas supaya tidak melayan sebarang permohonan pengecualian daripada peminjam yang gagal memenuhi tanggungjawab mereka.

“Arahan Majlis MARA kepada pihak pengurusan amat jelas, jangan dilayani surat-surat mohon pengecualian hatta daripada pihak-pihak berpengaruh walau setinggi mana kedudukan mereka,” katanya.

Image from: Peminjam sengaja culas? MARA takkan kompromi! Setiap sen duit rakyat wajib dibayar – Asyraf Wajdi

Beliau menegaskan pendirian tersebut selaras dengan usaha MARA untuk memperkukuh pengurusan dana pendidikan serta memastikan kutipan bayaran balik pinjaman dapat dimanfaatkan oleh lebih ramai pelajar pada masa hadapan.

Image from: Peminjam sengaja culas? MARA takkan kompromi! Setiap sen duit rakyat wajib dibayar – Asyraf Wajdi

Kenyataan itu turut mencerminkan komitmen MARA dalam memastikan akauntabiliti terhadap penggunaan dana awam terus dipelihara tanpa mengira status atau pengaruh seseorang individu.

Sumber: FB DR ASYRAF WAJDI DUSUKI