
Minggu ini Jabatan Imigresen menangguh pengenalan pasport antarabangsa baharu dengan pelbagai ciri keselamatan baharu. Bagi mereka yang merancang melakukan permohonan untuk pasport baharu apabila ia ditawarkan kelak, Jabatan Imigresen mengingatkan orang ramai bahawa penggunaan gambar yang dijana atau diubah suai menggunakan kecerdasan buatan (AI) adalah dilarang sama sekali.

Penggunaan gambar janaan atau diubah suai oleh AI ialah satu kesalahan serius. Sekiranya dikesan, ia akan menyebabkan permohonan pasport baharu ditolak dan pemohon dikenakan tindakan di bawah Akta Pasport 1966 (Akta 150) yang sekiranya sabit kesalahan pasport boleh membawa hukuman denda maksimum RM10,000, penjara sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Sumber – @imigresenmy





