Pengenalan Pasport Malaysia Antarabangsa Baharu Pada 1 Jun Kini Ditangguh

26 May 2026 • 12:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengenalan Pasport Malaysia Antarabangsa Baharu Pada 1 Jun Kini Ditangguh

Pihak Jabatan Imigresen Malaysia sebelum ini telah mengatakan bahawa pasport Malaysia akan hadir dengan rekaan baharu bermula 1 Jun 2026 yang akan memperkenalkan sejumlah ciri-ciri keselamatan tambahan yang akan menjadikan pasport Malaysia antarabangsa menjadi lebih selamat lagi.

Akan tetapi, hari ini, pihak tersebut telah mengeluarkan pengumuman bahawa pengenalan pasport Malaysia yang baharu tersebut akan ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan di masa akan datang.

Image from: Pengenalan Pasport Malaysia Antarabangsa Baharu Pada 1 Jun Kini Ditangguh

Menurut kenyataan Dato’ Zakaria Bin Shaaban, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, langkah ini diambil untuk memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan juga pengalaman urusan rakyat adalah berada pada tahap yang terbaik.

Beliau juga berkata bahawa sebarang pengumuman baru mengenai pengenalan pasport Malaysia antarabangsa yang baru akan diumumkan melalui saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dari semasa ke semasa. Buat masa ini, buku pasport sedia-ada masih lagi memadai untuk kegunaan perjalanan ke luar negara, dan tidak ada sebarang masalah.

[sumber]Jabatan Imigresen Malaysia[/sumber]