Pempengaruh Media Sosial Malaysia, Rambo Castello Meninggal Dunia Di Jogjakarta

LocalHealth & Fitness
17 Oct 2025 • 9:51 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pempengaruh media sosial, Rambo Castello, atau nama sebenarnya Ahmad Radzli Che Ngah, 59 dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi di Rumah Sakit Sardjito, Jogjakarta, Indonesia.

Rambo Castello menghembuskan nafas terakhir

Menurut laporan Berita Harian, Allahyarham yang juga mesra disapa Cikgu Li menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.38 pagi waktu Indonesia selepas lebih seminggu ditidurkan akibat serangan jantung.

image is not available

Anak ketiganya, Hafizul Fazli, 30, mengesahkan berita pemergian tersebut dan memaklumkan bahawa bapanya pergi di sisi beliau dan ibu, Asiah Abdullah, 55.

Artikel lain: Rambo Castello Masih Ditidurkan, Keluarga Mohon Bantuan Kerajaan Bawa Pulang Dari Jogjakarta

“Jenazah ayah akan dibawa pulang ke Kampung Wakaf Zing, Jeli untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran rumah. Saya kini sedang menguruskan proses membawa pulang jenazah dan insya-Allah akan tiba di kampung hari ini,”katanya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Cikgu Li dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Rumah Sakit Sardjito sejak 5 Oktober lalu selepas mengalami serangan jantung ketika berada di Jogjakarta.

image is not available

Allahyarham yang juga kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli dikenali ramai kerana sering berkongsi kandungan positif dan berinspirasi di media sosial, menjadikan pemergiannya satu kehilangan besar kepada para pengikut serta rakan seperjuangan.

Sumber: Berita Harian (Hidayatidayu Razali)