Pempengaruh permotoran antara lapan ditahan reman, tutup lebuh raya untuk berlumba

LocalCars
24 Aug 2026 • 11:25 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pempengaruh permotoran antara lapan lelaki ditahan polis susulan video tular perlumbaan haram di Lebuhraya LINKEDUA.

Polis menahan lapan lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian yang tular di media sosial selepas beberapa individu didakwa menutup jalan awam dan dua penunggang motosikal bersaing sesama sendiri di Lebuhraya LINKEDUA, Kulai.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arshad berkata, kejadian dipercayai berlaku dari Kilometer 33, susur Tol Senai Utara hingga Kilometer 31, susur Johor Premium Outlet (JPO), Kulai, kira-kira jam 11.54 pagi, 23 Ogos lalu.

Susulan video tular berkenaan, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menjalankan siasatan sebelum menahan lapan lelaki berusia antara 26 hingga 45 tahun.

Kesemua suspek kemudiannya menjalani ujian saringan awal air kencing dan hasilnya mendapati mereka negatif daripada sebarang jenis dadah.

Baca juga:
@jpun617

GARA2 LOMBE TUTUP JALAN PUNYA PASAL #JBMENJERIT #jbkerassbossku🔴🔵

♬ original sound – jpun617 – jpun617

Polis memaklumkan kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai hari ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, Polis Kontinjen Johor menegaskan bahawa jalan raya bukan tempat untuk berlumba atau melakukan sebarang aksi berbahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

@clippermedia94

Sampai block jalan tu PADU… #clips #malaysia #matmotor #rempit

♬ Bila Tiba – Ungu

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai menahan pengguna jalan raya bagi membolehkan dua penunggang motosikal melakukan perlumbaan haram di lebuh raya berkenaan.

Susulan kejadian itu, seorang pempengaruh permotoran antara lapan individu yang ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

The post Pempengaruh permotoran antara lapan ditahan reman, tutup lebuh raya untuk berlumba appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved