Seorang pempengaruh antara lapan penunggang motosikal yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian menutup laluan pengguna di Lebuh Raya Linkedua untuk tujuan perlumbaan, Sabtu lalu.
Kesemua suspek berusia antara 26 hingga 45 tahun itu direman selama empat hari bermula hari ini.
KOSMO ONLINE Perintah reman dikeluarkan Majistret R. Salini bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 81(1), Seksyen 81(2), Seksyen 81(3) dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kesemua mereka tiba di pekarangan Mahkamah Kulai kira-kira jam 8.30 pagi dengan memakai topeng muka dan sebahagiannya mengenakan pakaian bertudung kepala atau ‘hoodie’.
Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad memaklumkan bahawa kesemua suspek ditahan kira-kira jam 11.45 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.
Penahanan itu dibuat susulan penularan satu video berdurasi 33 saat yang memaparkan aksi dua penunggang motosikal dipercayai sedang berlumba.
Dalam video sama, beberapa individu lain turut dilihat berada di laluan lebuh raya sehingga dipercayai menghalang pengguna awam daripada menggunakan laluan berkenaan.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Kilometer 33, susur Tol Senai Utara hingga Kilometer 31, susur Johor Premium Outlet (JPO), Kulai.
Siasatan kini dijalankan bagi mengenal pasti keseluruhan kejadian serta tindakan yang dilakukan oleh kesemua individu terbabit. – KOSMO ONLINE
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Pempengaruh, Yang Dalam Parlimen Pun Ada…” - Peguam Muhammad Shah Dedah Ramai Dalam Radar Tindakan Sivil Kes Fitnah
The post ‘Memandai’ Tutup ‘Highway’ Untuk Berlumba, Pempengaruh Permotoran Antara Yang Ditahan Reman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





