Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut

24 Aug 2026 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut

image.png

Seorang pempengaruh permotoran antara lapan individu yang direman empat hari selepas dipercayai terlibat dalam tindakan menutup Lebuhraya Linkedua demi lumba haram pada Sabtu.

Permohonan reman diluluskan Majistret R. Salini di Mahkamah Majistret Kulai sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan polis.

Tangkapan Suspek Kes Lumba Haram Linkedua

Kesemua suspek berusia antara 26 hingga 45 tahun itu ditangkap pada Ahad jam 11.54 pagi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kulai.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah.

Video Tular Tutup Jalan Demi 'Content'

Insiden tersebut menjadi tular di media sosial selepas memaparkan aksi dua motosikal bersaing dari Kilometer 33 (susur Tol Senai Utara) hingga Kilometer 31 (susur JPO).

Tindakan menghalang laluan awam tersebut mencetuskan kemarahan pengguna jalan raya sebelum pihak berkuasa bertindak pantas menjalankan tangkapan.

Polis Buru Saksi dan Penonton di Lokasi

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee menyatakan pihaknya kini sedang mengesan individu lain yang berada di lokasi kejadian semasa insiden berlaku.

Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved