
KULAI – Seorang pempengaruh merupakan antara lapan penunggang motosikal yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian menutup jalan bagi tujuan berlumba di Lebuh Raya Linkedua, di sini Sabtu lalu.
Perintah reman selama empat hari itu bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret R. Salini bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen Seksyen 81 (1), Seksyen 81(2), Seksyen 81 (3) dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, kesemua suspek yang berusia 26 hingga 45 tahun tiba di pekarangan Mahkamah Kulai di sini pada pukul 8.30 pagi dengan memakai topeng muka dan pakaian ‘hoodie’.
Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad dilaporkan berkata, kesemua suspek ditahan pada pukul 11.45 pagi oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.
Sebelum ini tular satu rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan aksi dua penunggang motosikal berlumba, selain beberapa individu dilihat menutup laluan pengguna jalan raya lain di laluan berkenaan.
Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 33, susur tol Senai Utara hingga KM31, susur Johor Premium Outlet di sini.-KOSMO! ONLINE
The post Tutup Lebuh Raya Linkedua, ‘influencer’ antara lapan direman appeared first on Kosmo Digital.






