
Pada 6 Ogos 1976, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang pemuda, Lee Yam Weng, 22 tahun yang diculik ketika bersiar-siar dengan teman wanitanya di Pantai Lido, Johor Bahru 22 hari lalu telah dijumpai mati dalam semak di ladang kelapa sawit di Batu 4, Jalan Kulai-Kota Tinggi.
Mayat Lee yang cuma tinggal rangka sahaja, ditemui tersorok di bawah pohon kelapa sawit muda, tertimbus oleh rumput-rampai dengan tangan dan kakinya diikat dari belakang.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 6 Ogos 1976 – Seramai 18 orang nelayan dari Kampung Teluk Kecil, Pangkor yang keluar menangkap ikan sejak empat hari lalu dilaporkan lemas setelah tiada khabar berita mengenai mereka.
- 6 Ogos 1978 – Perenang adik-beradik dari Malaysia, Christina dan Rosanna Lam gagal melayakkan diri ke peringkat akhir acara akhir 800 meter gaya bebas dan 200 meter individu di Sukan Komanwel ke-11 di Edmonton, Kanada.
- 6 Ogos 1979 – Mejar Udara Francis Lee muncul sebagai johan dalam Kejohanan Golf Tahunan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlangsung di Padang Kelab Golf Labuan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: infocenter@mediamulia.com.my
The post Pemuda diculik dan dibunuh kejam appeared first on Utusan Malaysia.





