Pemuda Kampung Morten Mohon Maaf Isu ‘Duit Kopi’ RM200

3 Sep 2026 • 11:55 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Dakwaan ‘duit kopi’ RM200 selepas sebuah telefon bimbit yang hilang berjaya dikembalikan mula mencuri perhatian ramai di media sosial.

Susulan isu itu, Pemuda Kampung Morten tampil memohon maaf dan menegaskan perkara berkenaan dipandang serius, terutama apabila ia melibatkan keselesaan pengunjung serta nama baik kawasan tersebut.

Laporan polis sudah dibuat

Image from: Pemuda Kampung Morten Mohon Maaf Isu ‘Duit Kopi’ RM200
Kredit Foto: Harian Metro

Ketua Pemuda Kampung Morten, Ahmad Safwan Salim berkata satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Melaka Tengah pada jam 6.56 petang semalam.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan, kebimbangan serta ketidakselesaan yang timbul dan amat kesal dengan insiden ini.

Laporan polis juga sudah dibuat dan kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.- Katanya.

Telefon dipulangkan, kemudian minta RM200

Image from: Pemuda Kampung Morten Mohon Maaf Isu ‘Duit Kopi’ RM200
Kredit Foto: Sinar Harian

Isu bermula selepas seorang wanita mendakwa telefon bimbitnya hilang ketika dia berada bersama ibunya di sebuah bangku berhampiran Sungai Melaka.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki dikatakan menghampirinya dan mendakwa mengetahui mengenai kehilangan telefon tersebut sebelum membawa wanita itu ke satu lokasi.

Telefon berkenaan akhirnya diserahkan semula kepadanya, namun wanita itu mendakwa lelaki terbabit kemudian meminta RM200 sebagai ‘duit kopi’.

The post Pemuda Kampung Morten Mohon Maaf Isu ‘Duit Kopi’ RM200 appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved